Thursday, August 30, 2007

Of an escape and a stupid movie...

Pada hari yang mulia ini, rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 50 sejak tahun 1957. Untuk menunjukkan semangat patriotisme saya yang tinggi ini dan mengingati hari yang mulia ini, saya akan men-blog dalam bahasa melayu. (tapi kadang kala saya guna juga bahasa inggeris untuk menghuraikan apa yang saya tak dapat ceritakan dalam bm)

Pada hari sebelum merdeka, saya dan kawan-kawan saya membuat keputusan untuk meraikan merdeka dengan cara kami sendiri, iaitu dengan melarikan diri daripada pergi ke stadium seperti yang diwajibkan... dengan kereta izzy yang teramat cantik, kami memulakan perjalanan ke the curve baik selepas kelas...

Di sana telah kami memutuskan untuk menonton sebuah wayang... mula-mula saya ingin menonton sebuah kartun tapi ada sesetengah orang yang merasakan hidup mereka terlalu boring... ekoran itu mereka hendak menonton wayang yang berjudul 'Biri-biri Hitam' untuk memedaskan hidup mereka yang tawar... akan tetapi, semasa menonton wayang, kami semua terasa nak keluar dari cinema kerana movie itu terlalu pedas sehingga kami semua tidak tahan... Saya berharap di sini, orang yang mahu menonton wayang itu akan insaf dan jangan sekali lagi mahu toton movie seperti itu... saya pula tidak berani langsung untuk menonton wayang itu, jadi sepanjang movie itu ditayangkan, saya menutup diri sendiri dengan jacket... di sini, saya amat berterima kasih kepada 'dresscode' sekolah saya yang menyebabkan saya membawa jacket saya ke mana-mana sahaya... oleh itu, saya hanya 'mendengar' movie itu, bukannya menonton... begitulah experience pertama saya menonton movie seram... sebelum ini, saya tidak berani nak menonton movie sebegitu, oleh itu, saya hendak mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada sesiapa yang memutuskan untuk menonton movie itu...

you guys really spice up my life weh~~

*its not easy to write in bm, i overestimated myself... it took me 2 days to write it...

7 comments:

Leen said...

Kamu ini lucu sangatlah. Tatabahasa kamu lintang pukang macam ular kena paku.

Saya rasa, baik kamu tulis dalam Bahasa Inggeris sahajalah.

Apakah yang begitu menyeramkan tantang cerita seram itu? Bolehkah saudari huraikan serba sedikit tentang isi kandungan cerita tersebut?

Satu lagi perkara. Tahukah saudari bahawa dalam kita sibuk menyambut hari kemerdekaan, bekas negara penjajah kita (Britain) sedang sibuk bermurung untuk ulang tahun kehilangan Puteri Diana ke 10. Inilah yang dikatakan sebagai paradoks. =D

Alamak, saya sendiri pun berasa kekok menaip dalam bahasa kebangsaan. >__<

Pat said...

terima kasih kerana sudi baca blog saya yang lintang pukang bahasanya... at least saya ada hati untuk menulis dalam bm... dan terima kasih kerana men-comment dalam bm...

cerita itu tentang kambing yang boleh menyerang dan memakan orang disebabkan kejuruteraan genetik... dan bagaimana biri-biri memakan orang itu mereka men-describe-kan dalam sangat sangat detail-nya... tetapi saya menutup mata saya sepangjang cerita itu ditayangkan, so saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya... haha

Leen said...

Mari kita tengok, berapa orang yang akan bagi komen dalam bahasa kebangsaan? ^____^

Kambing yang makan manusia?!! Baik saya lari dahulu sebelum saya pun dimakan oleh kambing itu.

*bergulung di atas lantai sambil ketawa terbahak-bahak*

ej said...

amboi! seronoknya bercakap bahasa kebangsaan! yang saya mau sampuk di sini, adalah untuk memberitahu pat bahawa 'experience' dalam bahasa KEBANGGAAN kita ialah 'pengalaman'.

yeah!
puji Tuhan,
ej

William said...

aduhai!!! saya ni oun keliru membaca blog pat ni! oh ya, saya ni adalah salah seorang daripada 'sesetengah orang yang merasakan hidup mereka terlalu boring'. hahah bangga la.. saya setuju dengan pat, bahawa filem itu sangat mengecewakan kerana filem ini teruk. darah darah dan darah saja sepanjang filem.. sesiapa yang suka tengok darah dan organ-organ dalaman yang menjijikan semasa manusia dimakan kambing biri-biri. saya rekemenkan filem ini.

Leen said...

Hari ini, pelajar saya menunjukkan satu rakaman video yang sangat menjijikkan. Video itu memaparkan seorang tukang bedah siasat yang membedah otak seorang si mayat. Video itu turut menunjukkan otak mayat itu selepas dibedah siasat and juga kepala mayat itu yang separuh kosong selepas otak itu dikeluarkan. haha. Pelajar saya mencadangkan supaya saya mengikuti kursus kedoktoran kerana saya langsung tidak menunjukkan sebarang rasa jijik, geli, dan takut sepanjang saya menonton video itu. hahaha

Anonymous said...

pat,ini adalah izy..hehe
saya juga merupakan salah seorang daripada 'sesetengah orang yang merasakan hidup mereka terlalu boring'..haha..maaf la patricia..disebabkan kami,kita semua terpaksa membazirkan rm10 untuk menonton wayang yang tak best tu..
kan bagus kalau william bersetuju untuk menonton ratatouille pada awalnya..huuu