Saturday, August 30, 2008

Selamat Hari Merdeka!!!


hanya beberapa jam sehingga pukul 12... di sini, saya ingin tulis blog dalam bm sekali lagi selepas percubaan pertama saya tahun lepas... sempena perayaan hari merdeka, saya akan mendedikasikan post ini kepada negara Malaysia yang saya cintai...

saya nak mulakan post saya dengan berkongsi apa yang saya lalui dalam minggu ini... saya terpaksa memilih bidang yang akan diceburi saya apabila saya berada di Jerman dan tempat saya nak meneruskan pelajaran saya... akan tetapi, saya berasa saya tidak cukup bersedia untuk memilih bidang ataupun tempat sebab beberapa kesulitan yang dihadapi... pertama, saya tidak lagi yakin dengan fizik saya setelah saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan... kedua, saya tidak pasti sama ada saya nak pergi ke tempat yang banyak terdapat senior-senior atau ke satu tempat yang kurang terdapatnya orang malaysia supaya saya dapat memulakan sesuatu yang bermanfaatkan apabila saya berada di situ selama 5 tahun...

pada CA yang lepas, saya dapat pengetahuan yang banyak dan di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya juga... saya mendapat tahu seorang penerima biasiswa bank negara membuat keputusan untuk kembali ke tanah air kesayangannya setelah dia habis melanjutkan pelajaran di US... kawan-kawannya memperlikannya kerana dia sanggup melepaskan peluang untuk untung duit yang banyak di US... hakikatnya, kawan-kawanny bagai kacang lupakan kulit kerana, walaupun mereka ini boleh memperolehi duit yang banyak dari bekerja di luar negara untuk menebuskan diri daripada diikat oleh kontrak mereka, tetapi mereka telah lupa siapa yang membantu mereka apabila mereka tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka... oleh itu, saya membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bukan kerana saya tidak mahu jadi macam mereka yang bagai kacang lupakan kulit, tetapi saya berputuskan untuk men-honour-kan kontrak saya dengan sponsor saya (because my God is a covenant keeping God and therefore i wan to honour that) <-- tak tahu bagaimana nak cakap dalam bm...

kepada kawan-kawan sekalian yang sedang membaca post ini, sila fikir tentang soalan ini : kalau pelajar-pelajar yang dihantar ke luar negara oleh kerajaan kita tidak mahu balik dan bekerja untuk negara kita, adakah negara kita akan terus menghantar pelajar-pelajar ke luar negara? kalau macam itu, banyaklah pelajar yang seharusnya dibantu tetapinya peluangnya telah dihancurkan oleh mereka yang tidak mahu balik ke negara setelah menghabiskan pelajaran mereka di luar... fikirkanlah wahai kawan-kawan...

begitulah post saya yang saya banyak meluangkan masa untuk berfikir dan menaip... harap-haraplah kalian sekalian memahami apa yang hendak dikongsikan di sini...

No comments: